KONSEP RANCANGAN PENGAJARAN
- Suatu pelan bertindak yang disediakan oleh guru - guru terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi tahun akademik semasa berdasarkan dokumen rasmi yang diwartakan sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan , Kementerian Pendidikan Malaysia . Merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ;
"Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut Sukatan Pelajaran / Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang diluluskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia . Guru yang mengajar tanpa merujuk dan mengikut dokumen tersebut adalah telah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali".
RANCANGAN PENGAJARAN TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU;
1) Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
2) Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
1. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
- KPM telah menetapkan bahawa tempoh persekolahan dalam setahun sesi akademik ialah tidak boleh kurang 190 hari dalam setahun. Jumlah 190 hari tersebut diagihkan kepada 43 minggu untuk hari persekolahan. Guru-guru bersama rakan sepanitia dalam mata pelajaran opsyen wajib menyediakan RPT menngikut peruntukan waktu yang ditetapkan untuk menyusun agihan standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi sebagaimana yang terdapat dalam DSKP.Perkara tersebut adalah untuk memastikan guru-guru dapat menentukan tahap di mana tajuk dan kandungan diajar ,kaedah dan strategi serta sumber/bahan pengajaran ditetapkan.
Contoh Format Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
2.Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
- RPH merupakan satu dokumen rasmi berupa rekod khas bertulis yang disediakan oleh guru-guru sebelum melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.RPH ini merupakan bukti yang perlu guru-guru tunjukkankepada pihak atasan untuk mengesahkan bahawa pengajaran sebenar telah dijalankan .RPH yang dibina mestilah selari dengan maklumat yang terkandung dalam RPT.;a) Maklumat asas: tarikh/hari, kelas,subjek,tema,standard kandungan,standard pembelajaran,hasil pembelajaran,kaedah/aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu,penilaian,pengetahuan sedia ada dan elemen merentas kurikulum.b) Maklumat aktiviti pengajaran dan pembelajaran ; langkah fasa ,masa,aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan cacatan. Aktiviti yang dirancang adalah adalah berdasarkan model pengajaran dan pembelajaran yang dipilih ; model pembelajaran masteri ,model pembelajaran konstruktivisme, model pembelajaran inkuiri,model pembelajaran berasas projek,model pembelajaran berasas masalah dan lain-lain lagi.
Contoh Format Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
(KEPENTINGAN MENYEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN)
KEPENTINGAN
|
PENJELASAN DAN CONTOH
|
Panduan guru ganti
|
Memberi
panduan dan penerangan kepada guru ganti yang akan menggantikan kelas untuk
meneruskan aktiviti pengajarannya.
|
Pemantauan
|
Memantau
penguasaan murid di dalam kelas terhadap penguasaan mereka tentang
perkara-perkara yang telah diajar.
|
Tingkatkan keyakinan
|
Meningkatkan
keyakinan diri guru untuk melaksanakan pengajaran yang tersusun secara yang
berkesan.
|
Lebih fokus objektif
|
Guru akan
lebih fokus terhadap objektif pengajaran yang telah ditetapkan untuk
memastikan murid-murid dapat mencapainya dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.
|
Bahan pengajaran
|
Guru dapat
memilih, membina dan menggunakan bahan bantu yang berkesan ke arah memandu
pelajar memahami isi kandungan dan mencapai hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan.
|
Pengajaran sistematik
|
Pengajaran
guru dapat dilaksanakan secara sistematik mengikut fasa
permulaan,pengembangan dan penutup mengikut perancangan yang telah dibuat.
|
Kawalan masa
|
Masa
pengajaran dan pembelajaran dapat dimaksimumkan mengikut perancangan jadual
waktu secara efektif.
|
Refleksi guru
|
Membolehkan
guru mengesan kelemahan dan masalah yang berlaku dan segera membetulkan untuk
penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
|
Pemahaman kandungan
|
Guru dapat
memastikan isi pelajaran dapat dikuasai oleh murid-murid mengikut
pemeringkatan objektif dan tajuk yang diajar oleh guru.
|
Pembelajaran teratur
|
Merancang
dengan teliti setiap komponen pengajaran dan kaedah pengajaran bersesuaian
dengan tahap keupayaan murid.
|
Menarik
|
Strategi dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid -murid untuk
memahami dan belajar.
|
Carian Maklumat
-Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar (ZAINI ABDULLAH)
-https://www.google.com/search?q=contoh+format+rancangan+pengajaran+tahunan+sekolah+menengah&tbm=isch&ved=2ahUKEwirpu-2jP30AhWtidgFHY5QDZQQ2-cCegQIABAA&
Disediakan oleh,
MUNAWWAR BIN GHAZALI (D20211100422)
Comments
Post a Comment