Pencapaian murid adalah merupakan kebolehan serta prestasi pelajar yang dinilai oleh pihak kementrian pendidikan Malaysia. Pencapaian murid ini diukur adalah untuk menguji sejauhamanakah kualiti dan kebolehpasaran pelajar di peringkat antaranbangsa. Domain objektif dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah merupakan komponen penting bagi menentu pencapaian murid. Dua aspek ini juga berperanan penting bagi memastikan matlamat dan objektif kurikulum atau pengajaran tercapai dengan jayanya.
DOMAIN OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Domain objekif kognitif
Domain objektif kognitif adalah melibatkan komponen
pengetahuan dan perkembangan intelektual termasuk mengenal dan mengingati
fakta, prosedur dan konsep yang terkandung dalam kebolehan intelektual. Domain
ini mepunyai enam kategori asas yang bermula dari tingkat yang mudah kepada
yang paling sukar. Kategori ini boleh dianggap sebagai darjah kesukaran iaitu
murid-murid perlu menguasai terlebih
dahulu kategori pada peringkat mudah sebelum berpindah ke peringkat yang lebih
sukar.
Berikut adalah merupakan tingkat kesukaran domain objektif kognitif :-
ARAS |
PENJELASAN |
KATA KERJA |
|
RENDAH |
PENGETAHUAN |
Mendapatkan, mengeluarkan dan mengingati
semula pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang |
Definisikan, nyatakan, susunkan, labelkan dan
kenalpasti |
KEFAHAMAN |
Membina makna daripada maklumat lisan,
tulisan dan grafik melalui menginterprestasi, memberikan contoh,
mengklafikasikan, membuat ringkasan, inferens, membanding dan menjelaskan |
Jelaskan, huraikan, terangkan, bincangkan,
buat interpretasi dan berikan contoh |
|
SEDERHANA |
APLIKASI |
Kebolehan menggunakan prinsip dan prosedur
untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu |
Demonstrasikan, tunjukkan, lukiskan,
kembangkan, binakan |
ANALISIS |
Memecahkan bahan kepada bahagian kecil
berkait antara satu sama lain dan terhadap struktur atau kegunaan umum
melalui perbandingan, menyusun atur dan attributing |
Pisahkan, tentukan, asingkan, kategorikan,
dan bandingkan |
|
TINGGI |
PENILAIAN |
Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan
piawaian melalui semakan dan kritikan |
Nilaikan, bangkangkan, cadangkan, ulaskan |
REKA CIPTA |
Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu
gagasan umum yang koheren atau menyusun atur elemen ke bentuk struktur baru
melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan |
Gabungkan, gubahkan, rakakan, binakan sesuatu
yang baru dan rancangkan |
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi biasannya merujuk kepada empat tahap kemahiran teratas taksonomi bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta.
Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) membawa maksud keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi sangat penting
sebagai penentu pencapaian seseorang murid kerana ia mampu mengasah kemahiran
berfikir murid dalam menyelesaikan masalah. Contohnya soalan berunusr KBAT
merupakan soalan yang sukar dan memerlukan perhatian yang lama untuk
diselesaikan.
Memiliki
kemahiran ini murid-murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,
mengelas dan mengenalpasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan
mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi
jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut.
Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka
cipta dalam kalangan murid.
Kemhiran Berfikir Aras Tinggi ini juga mempuyai kelebihan lain iaitu
dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kelebihan sedia ada pada murid. mereka
akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka
kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing
di peringkat global sekaligus meningkatkan kefahaman serta memperkukukhkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannnya, domain objektif kognitif
dan kemahiran berfikir aras tinggi adalah merupakan komponen yang saling
berkait rapat dalam menentu pencapaian murid. komponen ini adalah merupakan
salah satu usaha kerajaan untuk
melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan
kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan di peringkat global.
MUHAMMAD PA'E BIN IBRAHIM (D20211100431)
Comments
Post a Comment