Skip to main content

ANALISIS HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN , KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN,KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


     Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan,keyakinan dan kepatuhan kepada Tuhan.Di Malaysia,keseluruhan sistem pendidikan negara dibentuk berdasarkan suatu penyataan falsafah yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1992).Penyataan dirumus secara komprehensif serta holistik.Dengan kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,sistem pendidikan negara telah berganjak ke arah yang lebih sistematik dengan pengukapan secara jelas soal prinsip serta nilai asas pendidikan negara,bermulanya daripada peringkat paling rendah iaitu prasekolah ataupun sekolah rendah sehingga menuju ke peringkat yang tertinggi di dalam pendidikan iaitu universiti.Jelaslah bahawa,Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi asas utama kepada seluruh proses dan aktiviti pendidikan negara.

 

HUBUNGKAIT ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DENGAN KURIKULUM KEBANGSAAN

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan tunjang utama kepada pembentukan kurikulum pendidikan di Malaysia.Perkaitan antara falsafah dengan kurikulum ialah kurikulum merupakan terjemahan daripada falsafah pendidikan.Tanpa falsafah,sesuatu kurikulum pendidikan itu tidak akan mempunyai asas.Hala tuju kurikulum memang mempunyai  kebergantungan kepada falsafah pendidikan.Di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,terdapatnya kurikulum kebangsaan iaitu:





Tiga pecahan Kurikulum Kebangsaan mengikut kepada tahap pendidikan di Malaysia iaitu:-

1)           Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)  -  pendidikan disasarkan kepada murid-murid berumur 4 hingga 6 tahun.

2)      Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)  -  merujuk kepada kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah rendah dan disasarkan kepada murid-murid yang berumur 7 hingga 12 tahun.

3)       Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) – merujuk kepada kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah menengah dan menyasarkan kepada murid-murid yang berumur 13 hingga 17 tahun.

     Kurikulum Kebangsaan telah menjadi kurikulum rasmi yang serba cukup sempurna yang terbentuk daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bersifat elektik dan mengandungi ciri-ciri dari segi matlamat,pelaksanaan dan penilaian.Kurikulum ini dijadikan sebagai kurikulum rasmi negara setelah diterima pakai dan dilaksanakan terhadap sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.


HUBUNGKAIT KURIKULUM KEBANGSAAN DENGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

     Kurikulum Kebangsaan telah menjadi teras kepada sistem pendidikan di negara kita.Berpandukan Kurikulum Kebangsaan ini,pihak sekolah akan menubuh dan menyusun kurikulum sekolah dimana segala perancangan pendidikan yang dikawal oleh pihak sekolah bagi mencapai tujuan pendidikan sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kurikulum Sekolah mencakupi bahagian Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Seterusnya,kurikulum sekolah bukan sahaja tertumpu kepada akademik semta-mata bahkan meliputi bahagian yang berkaitan dengan kegiatan pendidikan di luar bilik darjah iaitu kokurikulum seperti kegiatan pasukan pakaian seragam,sukan,persatuan dan lain-lain lagi.Melalui RPT dan RPH,setiap guru di sekolah dapat merangka sesi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi keseluruhan aspek yang dituntut dalam FPK hanya semata-mata memastikan murid-murid menerima pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu.



     Secara kesimpulannya,keberhasilan hubungkait antara matlamat pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Kurikulum Kebangsaan serta Pengajaran dan Pembelajaran bersandar kepada perancangan,pemantauan dan penilaian yang dilaksanakan secara berkekalan dan disertakan dengan kesungguhan.Pelaksanaan pembelajaran yang lengkap dan utuh dalam sistem pendidikan mampu untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berpendidikan tinggi dan berfikiran secara terbuka serta meluas.Oleh yang demikian,diharapkan implikasi daripada Kurikulum Kebangsaan dapat memberi tindak balas yang positif kepada seluruh sekolah di Malaysia untuk merangka,mecipta dan menyusun kurikulum sekolah yang menyeluruh supaya dapat melahirkan murid atau modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani selaras dengan keinginan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Perkara ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya perancangan pendidikan bagi menjamin setiap anak bangsa di negara kita ini tidak terlepas daripada mendapatkan  pendidikan yang sewajarnya.



"Pendidikan adalah jiwa sebuah masyarakat kerana pendidikan melewati satu generasi ke generasi yang lain." - Gilbert Keith Chesterton



MEOR MOHAMAD FATHULLAH BIN MEOR ABDUL RAZAK  

( D20211100430 )







Comments

Popular posts from this blog

DOMAIN OBJEKTIF KOGNITIF DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEBAGAI PENENTU PENCAPAIAN MURID

  Pencapaian murid adalah merupakan kebolehan serta prestasi pelajar yang dinilai oleh pihak kementrian pendidikan Malaysia. Pencapaian murid ini diukur adalah untuk menguji sejauhamanakah kualiti dan kebolehpasaran pelajar di peringkat antaranbangsa. Domain objektif dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah merupakan komponen penting bagi menentu pencapaian murid. Dua aspek ini juga berperanan penting bagi memastikan matlamat dan objektif kurikulum atau pengajaran tercapai dengan jayanya. DOMAIN  OBJEKTIF PEMBELAJARAN Domain objekif kognitif Domain objektif kognitif adalah melibatkan komponen pengetahuan dan perkembangan intelektual termasuk mengenal dan mengingati fakta, prosedur dan konsep yang terkandung dalam kebolehan intelektual. Domain ini mepunyai enam kategori asas yang bermula dari tingkat yang mudah kepada yang paling sukar. Kategori ini boleh dianggap sebagai darjah kesukaran iaitu murid-murid perlu menguasai   terlebih dahulu kategori pada peringkat mudah sebel

KEPENTINGAN MERANCANG PENGAJARAN SEBAGAI PENENTU KEBERHASILAN GURU DAN KEMENJADIAN MURID

KONSEP RANCANGAN PENGAJARAN - Suatu pelan bertindak yang disediakan oleh guru - guru terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi tahun akademik semasa berdasarkan dokumen rasmi yang diwartakan sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan , Kementerian Pendidikan Malaysia . Merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ;    "Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut Sukatan Pelajaran / Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang diluluskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia . Guru yang mengajar tanpa merujuk dan mengikut dokumen tersebut adalah telah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali". RANCANGAN PENGAJARAN TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU; 1) Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) 2) Rancangan Pengajaran Harian  (RPH) 1. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) - KPM telah menetapkan bahawa tempoh perseko