HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN,KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan,keyakinan dan kepatuhan kepada Tuhan.Di Malaysia,keseluruhan sistem pendidikan negara dibentuk berdasarkan suatu penyataan falsafah yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1992).Penyataan dirumus secara komprehensif serta holistik.Dengan kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,sistem pendidikan negara telah berganjak ke arah yang lebih sistematik dengan pengukapan secara jelas soal prinsip serta nilai asas pendidikan negara,bermulanya daripada peringkat paling rendah iaitu prasekolah ataupun sekolah rendah sehingga menuju ke peringkat yang tertinggi di dalam pendidikan iaitu universiti.Jelaslah bahaw
Pencapaian murid adalah merupakan kebolehan serta prestasi pelajar yang dinilai oleh pihak kementrian pendidikan Malaysia. Pencapaian murid ini diukur adalah untuk menguji sejauhamanakah kualiti dan kebolehpasaran pelajar di peringkat antaranbangsa. Domain objektif dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah merupakan komponen penting bagi menentu pencapaian murid. Dua aspek ini juga berperanan penting bagi memastikan matlamat dan objektif kurikulum atau pengajaran tercapai dengan jayanya. DOMAIN OBJEKTIF PEMBELAJARAN Domain objekif kognitif Domain objektif kognitif adalah melibatkan komponen pengetahuan dan perkembangan intelektual termasuk mengenal dan mengingati fakta, prosedur dan konsep yang terkandung dalam kebolehan intelektual. Domain ini mepunyai enam kategori asas yang bermula dari tingkat yang mudah kepada yang paling sukar. Kategori ini boleh dianggap sebagai darjah kesukaran iaitu murid-murid perlu menguasai terlebih dahulu kategori pada peringkat mudah sebel